Persoalan Temuduga Cabin Crew (Q&A) Versi BM

  • Adakah kru kabin layak mendapat reputasi yang mereka miliki?

Ramai orang beranggapan menjadi seorang kru kabin adalah kerja yang tidak mahir dan hanyalah penolak troli. Pada hakikatnya, kru kabin adalah bomba, doktor, dan juga kaunselor. Mereka belajar untuk bertahan dalam keadaan yang rumit jika pesawat terhempas, bagaimana bertahan di tengah lautan dan bagaimana untuk menangani perampas dan pengganas.

Paling penting, mereka sentiasa memastikan anda selamat ke destinasi anda, dan mempertaruhkan nyawa mereka untuk memastikan semua orang berjaya keluar dari pesawat jika perlu melakukan pemindahan kecemasan.

  • Bagaimana dengan gaji kru kabin?

Tidak seperti kerja biasa, kru kabin tidak memperoleh gaji tetap. Kru kabin dibayar mengikut jumlah jam penerbangan mereka. Jika mereka melakukan banyak penerbangan jarak pendek, elaun yang disediakan tidak banyak berbanding dengan penerbangan jarak panjang, kerana mereka mendapat elaun persinggahan.

Ia juga bergantung di mana persinggahan tersebut dan berapa banyak elaun persinggahan yang diberi. Sebagai contoh, gaji yang diperoleh di Eropah adalah lebih tinggi berbanding gaji yang diperoleh di Asia. 

  • Adakah kru kabin boleh mengembara secara percuma?

Seorang kru kabin boleh dijamin untuk mendapat tiket penerbangan secara percuma. Kru kabin boleh menaiki penerbangan secara percuma ataupun penerbangan bersama keluarga dan rakan dengan diskaun sekurang-kurangnya 90 peratus serta cukai dan yuran penerbangan antarabangsa. Selain itu, Kru kabin juga akan menerima faedah, seperti insurans kesihatan dan pergigian.

  • Bolehkah seorang kru kabin memakai cermin mata atau kanta lekap?

Ya, anda boleh memakai cermin mata atau kanta lekap semasa bekerja sebagai kru kabin. Walau bagaimanapun, penglihatan anda perlu memenuhi tahap tertentu, jadi jika penglihatan anda terlalu buruk tanpa cermin mata atau kanta lekap, malangnya, syarikat penerbangan tidak akan menerima permohonan anda.

Cermin mata anggota kru kabin juga perlu mengikut garis panduan pakaian seragam. Biasanya, ini bermakna cermin mata anda tidak boleh terlalu kasual dan kanta lekap anda tidak boleh berwarna.

  • Apakah tips bagi orang yang ingin memohon untuk menjadi kru kabin?

Fikirkan tentang syarikat penerbangan yang anda ingin bekerja terlebih dahulu. Tiada syarikat penerbangan yang sempurna untuk semua orang. Anda hanya perlu mencari yang paling sesuai dengan gaya hidup yang anda inginkan. Anda juga perlu memastikan CV anda benar-benar menyerlah.

Syarikat penerbangan akan melakukan pemeriksaan latar belakang dan anda harus lakukan penyelidikan sebanyak mungkin tentang syarikat penerbangan tersebut. Pastikan juga anda berpakaian sesuai dengan rambut yang kemas dan bersolek.